Assalamu'alaiqum...wmt.wbrth
Pertamanya mengucap syukur kehadrat Allah swt. tuhan seru sekalian alam, selawat serta salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad saw, Penghulu serta penutup nubuuwah kenabian, sahabat-sahabat, mursalin dan amilin sekalian. Salam sejahtera diucapkan kepada semua semoga kita semua berada dalam inayah dan petunjuk Allah.
Kesyuukuran diucapkan kepadanya kerana kita masih lagi dapat menghirup udara dunia dan dapat meneruskan sisa-sisa baki umur yang masih ada dan tidak dilalaikan oleh Allah didalam meneruskan kehidupan di dunia fana ini.
Tujuan saya menukilkan kehidupan saya ini bukanlah untuk berbangga diri atau menunjuk-menunjuk (riak) na'uzubillah, cuma sekadar berkongsi maklumat dan bersyukur kehadrat illahi yang telah memungkinkan wujudnya hamba yang daif ini melalui perkongsian perkahwinan kedua-dua orang tua iaitu HJ.MAHMOOD BIN SAAD & HJH.EMBONG@SAUDAH BINTI ZAKARIA hampir 48 tahun yang lalu di Kampung Petani Sering,Kota Bharu, Kelantan Darulnaim, negeri tadahan wahyu dibawah kepimpinan ulamak.
Penulis adalah anak ketiga daripada 7 adik beradik yang semuanya terdiri daripada lelaki.
Berikut adalah carta kedudukan keluarga;....
Thursday, 3 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment